dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Machan, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat & Pendaftaran ekelas Serta Advokasi KDB

1 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Taklimat dan pendaftaran ekelas(Maxis) telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PI Machan. Ia telah dihadiri oleh 5 orang pelajar dan 1 orang guru dari SK Ulu Machan.

Taklimat ini telah dikendalikan oleh Pengurus PI Machan. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memperkenalkan ekelas kepada pelajar sekaligus pendaftaran untuk pelajar yang berminat.

Ekelas adalah program inovasi pendidikan digital yang dikendalikan oleh Maxis di mana ia merupakan program yang sesuai untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 kerana subjek yang diajar/ disasarkan adalah untuk PT3.

Sesi pendaftaran telah dijalankan kepada 5 orang peserta yang hadir. Mereka telah diajar cara-cara untuk log in dan melihat portal ekelas. Secara keseluruhannya, portal ekelas ini merupakan program baru bagi ahli/ peserta PI Machan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.